Thursday, January 28, 2010

Kalimah Allah

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana saya masih mampu melawati dan memposting penulisan ini. Sesungguhnya kesibukan atas urusan dunia kita kadang-kadang menyebabkan kita lalai untuk menjadikan diri kita sebagai seorang hamba yang taat kepada Pencipta kita. Ya Allah, ampuni hamba Mu yang lalai lagi leka ini, Amin.

Hari ini, sibuk diperkatakan mengenai isu penggunaan kalimah Allah SWT oleh gerakan kristianisasi sehingga membawa kepada terjadinya pembakaran beberapa buah gereja sekitar lembah klang. Begitulah sensitifnya orang melayu dengan nama Allah SWT, walaupun mereka itu sedang meminum khamar, jika dikatakan sesuatu yang tidak baik kepada tuhan mereka, mereka akan terus melenting tanpa usul periksa.

Bagi saya, jika kita memahami dengan jelas kedudukan kita sebagai seorang Muslim, jika telah tertanam Iman yang benar dalam lubuk jiwa kita, maka jika pun nama Allah SWT itu hendak digunakan oleh Ahli Kitab, tentunya ia tidak akan menimbulkan sebarang permasalahan kerana mereka itu, iaitu ahli-ahli kitab itu juga mengimani bahawa Allah itulah yang telah mewahyukan Taurat, Zabur dan juga Injil.

Kita juga sebagai Umat Muhammad yang Islam dan beriman mestilah mengimani bahawa Al Kitab itu adalah datang dari Allah SWT samada Taurat yang diturunkan kepada Musa atau Injil yang diturunkan kepada Isa dan juga Al Quran yang menjadi pedoman hidup kita sekarang ini.

Bagaimanapun, kerana Muhammad SAW, Rasul yang diutus oleh Allah SWT membawa bersamanya Al Quran untuk kita imani dan Allah SWT pula menerangkan di dalam kitab suciNya itu bahawa Al Kitab (iaitu Taurat, Zabur dan Injil) itu telah di susun semula, di tambah dan dikurangi oleh tangan-tangan manusia, maka kita tidaklah boleh lagi meyakini akan isi kandungan samada Taurat, Zabur atau Injil itu.

Tetapi sebagai umat Muhammad SAW yang Islam dan beriman dengan apa yang ditunjuki oleh baginda, maka kita sebenarnya tidak wajar untuk mengatakan bahawa samada Taurat, Zabur atau Injil itu bukan datangnya dari Allah SWT, kerana itu kita sewajarnya tidak memprotes apabila kristian hendak menggunakan nama Allah.

Semuga Allah SWT menunjuki kita ke jalanNya yang benar lagi lurus. Amin.

Salam dari saya
Manmanan.

1 comment:

  1. Tetapi, bukankah mereka sesat??
    fahaman yg sesat?? Mereka sesat kerana mereka menyatakan Nabi Isa a.k.a Jesus Christ itu adalah anak tuhan dan mereka Christian kerana itu.
    Sedangkan sebenarnya yang disalib oleh Kaum Yahudi itu adalah Yahuza, sahabat karib Nabi Isa yg telah berlaku khianat kpd Nabi Isa. Mengapa membiarkan mereka mendusta menggunakan nama Allah?? bukankah berdosa begitu??

    ReplyDelete