Monday, July 19, 2010

KRONOLOGI YANG WAJIB DIFAHAMI OLEH UMAT ISLAM KINI (iv)

Kronologi 2: PERSEDIAAN MENERIMA KELAHIRAN AL MAHDI! (Sambungan)

Peringkat kedua Misi Al Mahdi: Membina kekuatan Ummah
Kita telah mengetahui bahawa misi pertama Al Mahdi adalah untuk meruntuhkan system yang membelenggu kehidupan umat Islam sekarang ini dan selepas itu dia akan menjadikan Ummah ini sebagai umat yang satu sebagaimana telah berlaku pada zaman Rasulullah dan Khalifah Arrashidin.

Sahabat dan saudara-saudaraku,
Umat yang satu bermakna didalamnya hanya terdiri dari mereka yang beriman kepada Allah SWT dengan Iman yang benar dan beramal dengan amalan yang diterima oleh Allah SWT. Ketika itu, hukum dan perundangan Allah SWT akan ditegakkan sementara setiap yang bathil akan dimusnahkan.

Jika kita sekarang ini adalah sebahagian daripada penegak kebathilan atau sebahagian daripada mereka yang menegakkan hukum Thoghut, maka ingatlah bahawa semua itu akan berahir dalam tempoh yang sudah sangat singkat. Masa untuk berubah (bertaubat) masih terbuka, ayuhlah kita kembali kepada Islam, kita tolak setiap perkara yang bathil dan mungkar dan kita sama-sama bersedia untuk menyambut kedatangan seorang pemimpin besar iaitu Al mahdi.

Jika selama ini kita menjadi sebahagian dari unsur yang menyebabkan berlakunya fitnah atau sebahagian dari unsur yang menyebarkan kemungkaran atau kebathilan, Ingatlah bahawa Al mahdi akan menghancurkan setiap apa yang kita lakukan itu dan tatkala itu, tiada siapapun yang akan menjadi penolong kita kerana tatkala Islam telah menang, berarti bahawa kebathilan akan tewas dan dimusnahkan.

Jika selama ini kita menjadi sebahagian dari system yang telah merosakkan Islam atau sebahagian dari mekanisma yang dipergunakan untuk melumpuhkan Islam, ingatlah bahawa apa yang kita dukung selama ini akan berakhir dan pasti akan berkubur. Jarak masanya adalah terlalu dekat, jika kita tidak membantu Islam hari ini, berarti kita pasti akan tertolak dan ditewaskan.

Jikapun kita mungkin meninggal dunia terlebih dahulu sebelum Al Mahdi dibai’ah kan, Ingatlah bahawa selepas kematian kita nanti, kita akan dipersoalkan tentang setiap apa yang kita lakukan diatas dunia ini. Tidak akan ada sesuatupun yang akan tertinggal walaupun ianya hanya sebesar ‘zarrah’

Jika selama ini kita mungkin tertipu dan tidak menyedari bahawa kita ini adalah sebahagian dari mekanisma ‘thoghut’ untuk melemahkan Islam, maka hari ini saya mengajak kalian semua, bukalah kedua-dua mata yang Allah SWT anugerahkan untuk kita iaitu mata fizikal yang kita ada dan mata hati yang boleh melihat yang benar dan yang bathil. Jika nafsu, tuntutan hidup atau keperluan zaman yang memaksa kita untuk terus bersama ‘Thoghut’, ketahuilah bahawa semua itu hanyalah bayangan atau ilusi sahaja dan kita tidak akan pernah mampu memperolehnya. Allah menjanjikan sesuatu yang nyata dan penuh dengan rahmat serta kebajikan, tetapi ‘thoghut’ hanya menjanjikan ilusi dan kehancuran.

Sesuatu yang mesti kita ingat adalah bahawa, Al Mahdi datang adalah dengan ‘bala tentera’nya sedangkan bala tenteranya itu bukan hanya manusia tetapi juga para malaikat dari langit. Dia akan dilindungi oleh Allah SWT sehinggalah misinya tercapai. Barang siapa menolaknya kerana memilih ‘Dajjal’, maka dia akan memerangi orang itu sehinggalah tertegaknya ‘Umat yang satu’ yang berpegang kepada Sunnah Rasulullah s.a.w. Allah telah berjanji untuk memberikan kemenangan kepada Al Mahdi dan dia pasti akan menang sementara mereka yang menolak misi kedatangannya pasti akan kalah dan dihancurkan. Ingatlah ini dengan ingatan yang bersungguh-sungguh wahai sahabat dan saudara-saudaraku.

Peringkat 3 Misi Al Mahdi – Menentang Yahudi dan ‘Dajjal’

Tahukah anda bahawa bersebelahan dengan Masjidil Aqsa sekarang ini sedang dibina ‘Haikal Sulaiman’ atau Yahudi mengenalinya dengan nama ‘Solomon Temple” atau ‘Kuil Sulaiman’. Tahukah anda apakah kepentingan kuil ini sehingga kaum Yahudi berusaha bersungguh-sungguh untuk membinanya? Samada anda mempercayainya atau tidak, sebenarnya Yahudi juga sedang menanti seseorang yang akan datang diakhir zaman. Adakah mereka sedang menunggu kedatangan Al Masih Isa a.s? Jika mereka mengatakan itu, ianya adalah sesuatu yang sangat ‘bohong’, sebab merekalah yang membunuh (orang yang mereka sangkakan) Al Masih Isa a.s. Jadi mereka sedang menunggu siapa?

Tahukah anda kenapa Iraq dijajah oleh Amerika? Sebenarnya ada tujuan lain selain dari ‘minyak’ Iraq, iaitu untuk mengujudkan ‘New World Orde’ melalui seorang ‘raja’ yang bakal keluar dari ‘Iraq’ dimana mereka percaya bahawa dibawah ‘raja’ ini, seluruh dunia akan berada dibawah telapak kaki mereka. Mereka katakan bahawa ‘raja’ ini adalah ‘Al Masih Isa putra Maryam’ yang akan memerintah dunia diatas takhtanya di ‘Solomon Temple’. Hakikatnya, semua ini amat patut kita fahami dengan jelas, jika kita terkeliru, tentunya kita akan tersesat dari jalan Allah SWT.

Sahabat dan saudara-saudaraku,
Kenapa saya mengaitkan mengenai ‘Solomon Temple’ dan penantian orang Yahudi? Ketahuilah bahawa Al Mahdi akan berperang dengan orang yang sedang dinanti-nanti oleh orang-orang Yahudi itu kerana orang itu sebenarnya adalah ‘Al Masih Dajjal’ yang akan menyerupai sebagai ‘Al Masih Isa’. Ketahuilah bahawa waktu kedatangan ‘Al Masih Dajjal’ itu sudah semakin hampir? Tahukah kenapa saya mengatakan demikian? Kerana ‘Solomon Temple’ sudah dalam pembinaan dan dijangka siap sedikit masa lagi begitu juga air ‘tasek galilea’ yang semakin mengering.

Dalam peperangan antara Al Mahdi dengan tentera-tentera Yahudi dan Al Masih Dajjal, apabila ‘api’ menjulang ke langit di Syam (Syria sekarang ini) dan di suatu tempat berhampiran Madinah, ‘Al Masih Isa’ yang sebenarnya akan turun ke dunia dengan dibawa oleh para Malaikat. Baginda akan bergabung dengan Al Mahdi untuk memerangi tentera-tentera Yahudi dan Al Masih ‘Dajjal’.

Tahukah anda apakah maknanya ‘api’ menjulang ke langit di Syam dan Madinah? Banyak ulama’ dahulu membuat pentafsiran mengenai ‘api’ ini kerana tatkala zaman mereka, tidak ada lagi ‘Bom Nuklear’ yang apabila diletupkan akan menyebabkan ‘api’ yang menjulang ke langit. Saya mengatakan begitu kerana apabila ‘Israel’ menghadapi ‘saat sukar’ disebabkan oleh tentera-tentera Al Mahdi maka senjata apakah yang akan digunakan oleh mereka yang sedang mereka simpan sekarang ini?

Peringkat 4 - Misi terakhir Al Mahdi
Al Mahdi akan kembali kerahmatullah sesudah ‘Israel’ dilenyabkan. Dari waktu dia di bai’ahkan hingga terlaksananya misinya yang terakhir iaitu melenyabkan ‘Israel’ adalah dalam tempoh 7 tahun. Ketika dia telah kembali kerahmatullah, Al Masih Isa a.s akan mengambil alih kepemimpinan untuk meneruskan misi kedatangannya kedunia iaitu untuk ‘memakmurkan dunia’, ‘mematahkan salib’ dan ‘membunuh babi’

InsyaAllah, jika diberikan kekuatan oleh Allah SWT, saya akan mengulas lanjut mengenai ‘Al Masih Dajjal’, ‘Al Masih Isa’, ‘Yakjuj dan Makjuj’ serta ‘Khalifaturrashidin’ sesudah kewafatan Al Masih Isa a.s dalam keluaran-keluaran akan datang.

Sahabat dan saudara-saudaraku,
Apa yang saya nukilkan disini adalah merupakan kefahaman saya sendiri hasil dari pembelajaran yang saya terima serta pembacaan dan kajian yang saya lakukan. Sekiranya terdapat di antara sahabat dan saudara-saudara semua yang mempunyai kefahaman yang berbeda, tidaklah perlu kita perdebatkannya sebaliknya adalah lebih baik untuk kita memohon petunjuk dari Allah SWT.

Sebelum saya mengakhiri penulisan saya kali ini, baru-baru ini ada sahabat yang bertanya saya mengenai “bid’ah” yang saya perjelaskan dalam beberapa penulisan saya yang lalu, untuk memahamkan sahabat dan saudara-saudara semua, saya bawakan sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Tarmizi. Mafhumnya adalah seperti berikut:-
Daripada Abi Najih ‘Irbadh ibnu Sariyah r.a, beliau berkata: “Telah menasihati kami oleh Rasulullah s.a.w akan satu nasihat yang menggetarkan hati dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata: Ya Rasulullah, seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali, maka berilah pesanan kepada kami.”
Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku berwasiat kepada kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pimpinan kamu – yang juga bertaqwa dan taat kepada Allah) sekalipun yang memimpin kamu itu hanyalah seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak, (ketika berlakunya perselisihan itu) hendaklah kamu berpegang teguh dengan Sunnahku dan Sunnah para Khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin dan gigitlah Sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham kamu dan jauhilah perkara-perkara baru (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap yang bid’ah itu adalah sesat.”


Sebagai menutup penulisan kali ini, saya ingin mengajak sahabat dan saudara-saudara semua untuk kita mengamalkan 10 ayat terawal dari surah Al Kahfi. Rasulullah menyebut bahawa mereka yang mengamalkan pembacaan ayat-ayat ini insyaAllah akan terhindar dari fitnah Dajjal. Yang benar itu sesungguhnya adalah dari Allah SWT dan yang sebaliknya itu adalah daripada ‘salah faham’ saya sendiri. Semuga tulisan ini dapat membantu kita mencari petunjuk dan rahmat dari Allah SWT.

Salam dari saya
Manmanan.

Friday, July 2, 2010

KRONOLOGI YANG WAJIB DIFAHAMI OLEH UMAT ISLAM KINI (iii)

Kronologi 2: PERSEDIAAN MENERIMA KELAHIRAN AL MAHDI! (Sambungan)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah kurnia Allah SWT, pada waktu ini saya dapat sekali lagi memulakan penulisan untuk menyambung topik yang kita perbincangkan terdahulu. Semuga Allah SWT menunjukkan saya ilmu yang benar untuk saya persembahkan kepada saudara-saudara semua.

Pada penulisan saya yang lalu, saya menulis mengenai cara untuk kita mengenali Al Mahdi, seorang pemimpin besar yang dijanjikan oleh Allah SWT melalui lisan Muhammad Rasulullah s.a.w. Saya telah menulis mengenai fasa-fasa yang sepatutnya kita ketahui berhubung kronologi perlantikan Al Mahdi. Saya telah menyatakan fasa pertama iaitu kelahirannya dan fasa kedua iaitu perlantikannya. InsyaAllah pada kali ini saya akan berusaha untuk menyambung fasa yang ketiga.

Fasa ketiga kedatangan Al Mahdi: Misi Kelahirannya:
Al Mahdi dilahirkan ke dunia ini mempunyai suatu misi yang sangat besar iaitulah sebagai ‘Penyelamat Ummah’. Kerana itu, sebagai seorang Penyelamat Ummah, sebagaimana ‘Penyelamat Ummah’ terdahulu, dia akan melaksanakan misinya melalui beberapa peringkat.

Peringkat pertama Misi Al Mahdi: Mengembalikan Sunnah Rasulullah s.a.w
Dalam banyak penulisan saya yang lalu, saya berusaha untuk menyatakan hakikat sebenar ‘Sunnah Rasulullah s.a.w’ supaya kita dapat menyedari bahawa ‘Sunnah Rasulullah’ itu bukan hanya pada perkara-perkara remeh dan perkara-perkara kecil yang langsung tidak melibatkan persoalan ‘akidah’ tetapi ‘Sunnah Rasulullah s.a.w’ sebenarnya adalah untuk membawa Islam itu sebagai ‘Rahmatan lil Alamin’.

Hari ini, persoalan ‘Sunnah Rasulullah’ telah difahami dengan sebegitu ‘dengkel’ sehingga kita sanggup untuk berpecah belah kerana hal-hal yang sangat ‘tidak masuk akal’. Pada hal, perpecahan itu adalah merupakan suatu ‘fitnah besar’ dan ianya adalah merupakan suatu bid’ah yang sangat merosakkan bukan sahaja merosakkan ‘Akidah’ tetapi juga merosakkan ‘Ummah’.

Pada zaman Khulafa’ Ar Rashidin, tidak ada perselisihan dalam ‘Akidah’, walaupun kadang-kadang mereka terpaksa berperang sesama mereka kerana terdapat perselisihan dalam perkara tertentu, tetapi setelah mereka selesai berperang, mereka kembali kepada ‘Al Quran’ dan mereka saling berdoa semuga Allah mengampunkan kesalahan mereka dan kesalahan orang yang memerangi mereka. Tetapi hari ini, bila kita berdebat sahajapun, walaupun yang berdebat dengan kita itu adalah seakidah dengan kita, kita menganggap orang itu adalah sebagai ‘musuh’ kita. Jika kita kalah ‘berdebat’, maka kita mempergunakan pelbagai cara untuk menjatuhkan ‘musuh’ kita itu, kita sanggup untuk mengeluarkan kata-kata fitnah dan membuat ‘makar’ melalui kekuasaan yang kita ada untuk menjatuhkan ‘musuh’ kita itu, bukannya untuk menerima kebenaran yang dibawa olehnya. Inilah sifat ‘Yahudi dan Nashara’ yang sangat merosakkan dan kerana kerosakan itulah mereka akan dilemparkan kedalam neraka.

Ketahuilah bahawa semasa Khulafa Arrashidin, tidak ada perpecahan dalam Islam, tetapi fitnah berupa bid’ah yang datang selepas itu menyebabkan berlakunya banyak kerosakan kepada umat ini. Rasulullah menunjukkan khalifah Uthman a.s sebagai pintu kepada fitnah yang besar yang bakal merosakkan kesatuan ummah, selepas kematian Syaidina Uthman, pintu itupun terpecah, kerana Muawiyah menggunakan isu perkauman untuk menjatuhkan khalifah Ali r.a di mana Syaidina Uthman adalah dari Bani Umaiyah sementara Syaidina Ali adalah dari Bani Hashim. Muawiyah menuduh Syaidina Ali tidak mengambil tindakan segera di atas kematian Syaidina Uthman, dia mengumpulkan seluruh Bani Umaiyah, maka terjadilah peperangan.

Selepas kematian Syaidina Ali r.a, Para ahli dalam pemilihan khalifah (Jawatankuasa Pemilihan) telah berbai’ah kepada Syaidina Hassan r.a iaitu anak kepada Syaidina Ali dan Syaidatina Fatimah, beliau adalah merupakan cucu kesayangan Rasulullah s.a.w. Disebabkan untuk menjaga kemashlahatan Ummah, Syaidina Hassan menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah. Demikian itulah, bagaimana seorang yang berakhlak Islam, beliau langsung tidak mementingkan kepentingan dirinya tetapi lebih mementingkan kemashlahatan Ummah.

Selepas kematian Khalifah Muawiyah, suatu bid’ah besar yang lain telah berlaku iaitu tiada lagi pemilihan Khalifah, sebaliknya pemilihan ‘Jawatankuasa’ untuk memilih khalifah telah diabaikan terus. Jawatankuasa ini melantik Syaidina Hussain sebagai Khalifah sementara Yazid iaitu anak kepada Khalifah Muawiyah mengistiharkan bahawa jawatan khalifah itu adalah miliknya. Yazid menggunakan kekuatan tenteranya untuk meruntuhkan system kekhalifahan dan selepas itu bermulalah kaedah pemilihan khalifah berdasarkan kepada keturunan. (Sistem Beraja).

Sayangnya tiada seorangpun ulama’ yang dapat melihat bahawa system tersebut adalah bid’ah yang nyata, sesat dan boleh menyesatkan kerana ‘Iman tidak boleh diwarisi’, tidak semestinya seorang anak akan ‘Islam’ sekiranya bapanya adalah ‘Islam’ maka ketentuan khalifah berdasarkan keturunan menyebabkan lahirnya khalifah yang menegakkan ‘Islam’ dan khalifah yang menegakkan ‘mungkar’. Tetapi Allah SWT tetap memelihara Islam, masih ada mereka yang ikhlas dalam ‘Aqidah’nya hingga akhirnya Islam itu terus berkembang.

Disebabkan untuk menjaga kedudukan dan pangkat, akhirnya Syaidina Hussain iaitu khalifah yang dilantik dan dibai’ahkan oleh ‘Jawatankuasa Pemilihan Khalifah’ telah dibunuh dengan kejam dimana kepalanya telah dipenggal dan diarak ke serata jajahan takluk bagi menunjukkan bahawa system ‘Kekhalifahan Arrashidin’ itu telah diruntuhkan dan digantikan dengan ‘Sistem Beraja’. Berapa orangkah yang berjuang untuk mempertahankan system ‘Khalifahtul Rashidin’ dan menolak system bid’ah?, hanya 40 orang sahaja termasuk wanita dan anak-anak kecil. Selepas itu ‘Ahlul Bait’ yang berusaha untuk memulihkan system ‘Khalifatul Rasyidin’ telah ditindas dan dianiaya. Terpisahlah mereka itu dari ‘ummah’ kerana dianggap sebagai ‘pengacau’ dan kebanyakan mereka membawa diri ke Mesir, Yaman dan Iraq/Iran malahan hingga ke India dan Nusantara (Malaysia dan Indonesia).

Akibat dari ‘penindasan’ ini, lahirlah beberapa ‘puak’ yang berbelas kasihan kepada ‘Ahlul Bait’. Mereka ini berusaha untuk membela ‘Ahlul Bait’ tetapi akhirnya mereka disingkirkan dan dipaksa ‘terpisah’ dari ‘ummah’. Akibat dari itu lahirnya ‘Syiah’ yang pada permulaannya bukanlah berdasarkan ‘agama’ tetapi lebih kepada untuk membela ‘Ahlul Bait’. Disebabkan mereka itu ‘terpisah’ dengan ‘ummah’, maka berlakulah beberapa kerosakan dalam ‘pemahaman’ Islam. Walaupun demikian ‘akidah’ mereka tidak menjadi rosak kerana salah faham itu hanyalah berdasarkan kepada perkara-perkara yang berasaskan kepada hal-hal ‘politik’.

Saya membawakan kisah mengenai bagaimana berakhirnya system ‘Khalifatul Rashidin’ dan bagaimana bermulanya perpecahan yang berlaku kepada Umat Islam ini adalah untuk memberikan kefahaman kepada sahabat dan saudara-saudara semua bahawa ‘Ahlul Bait’ itu tidak bermakna ‘Syiah’ tetapi ‘Syiah’ itu adalah kalangan mereka yang berusaha membela ‘Ahlul Bait’. Tahukah anda apakah maknanya ‘Ahlul Bait’? dan tahukah anda bahawa Imam Shafie sendiri adalah diantara mereka yang mengasihi ‘Ahlul Bait’? dan yang pasti lagi adalah bahawa Al Mahdi yang kita tunggu-tunggu itu adalah dari kalangan ‘Ahlul Bait’. Ini adalah sesuatu yang mesti diingat oleh setiap dari kita.

Sahabat dan saudara-saudaraku,
Jika anda adalah seorang penegak ‘Sunnah’ dan penentang “bid’ah”, maka bukalah kedua-dua mata anda untuk melihat makna “bid’ah” yang sesat yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya setiap yang ‘baru’ yang boleh merosakkan ‘akidah’ itulah perkara yang “bid’ah”. Ketahuilah bahawa ‘sistem’ yang bid’ah itulah yang lebih menyesatkan daripada ‘solat sunat’, ‘berdoa beramai-ramai’, ‘majlis memperingati Rasulullah s.a.w’ dan beberapa yang lain lagi yang semuanya itu langsung tidak merosakkan ‘akidah’.

Apa salahnya mengadakan majlis tahlil? jika anda mengatakan itu adalah suatu bid’ah, sebenarnya anda tidak tahu mengenai sejarah. Tahukah anda bahawa ‘menghiburkan’ mereka yang kematian ‘karib’ terdekat itu adalah merupakan suatu saranan dari Rasulullah s.a.w! bukankah Rasulullah yang menyuruh untuk masyarakat menyediakan makanan dan menghiburkan mereka yang kematian ahli keluarga? Apakah yang lebih menghiburkan mereka daripada jika seluruh masyarakat setempat mendoakan keselamatan dan keampunan Allah untuk simati? Dan apakah yang lebih menyenangkan mereka daripada seluruh masyarakat datang berziarah sambil membawa makanan dan keperluan-keperluan mereka?

Yang bid’ah sebenarnya adalah sikap ‘materialistik’ dan ‘individualism’ masyakat termasuklah diri kita sendiri yang membiarkan waris simati mengadakan ‘majlis tahlil’. Jika ‘waris’ simati mengadakan majlis tersebut dan masyarakat tidak ikhlas dalam mendoakan simati, maka majlis itupun menjadi sesuatu yang membazir dan tidak berfaedah sama sekali. Kenapa ‘waris’ simati yang mengadakan majlis itu? Kemana perginya sikap gotong royong, hormat menghormati, bantu membantu, saling berkasih sayang, saling bertanggung jawab yang ada pada kita?

Semuanya itu hilang hasil dari ‘sistem’ bid’ah yang kita amalkan sekarang ini. Dari sistem inilah lahirnya ‘jiran tak mengenali jiran’, ‘anak tak pedulikan ibu-bapa’, ‘kubur aku bukan kubur engkau’ dan pelbagai perkara lain yang semua itu lahir dari system sekularisma dan kapitalisma yang telah menular masuk ke dalam tubuh dan jiwa umat Islam hari ini. Bukalah mata anda, lihatlah dengan jelas apakah yang bid’ah itu sebenarnya.

Sahabat dan saudara-saudaraku,
Saya bawakan semua ini adalah untuk kita memahami bahawa tugas pertama Al Mahdi itu nanti adalah untuk mengembalikan ‘Sunnah Rasulullah s.a.w’ dan meruntuhkan ‘bid’ah” yang merosakkan akidah dan cara hidup umat Islam. Jika kita ingin bersedia menerima Al Mahdi, maka kita juga mestilah bersedia untuk menerima kesatuan Ummah dan meruntuhkan ‘sistem’ yang merosakkan umat Islam waktu ini.

Peringkat kedua Misi Al Mahdi: Membina kekuatan Ummah
InsyaAllah, peringkat kedua ini akan kita ulas pada penulisan yang berikutnya. Semuga Allah SWT menunjuki kita jalanNya yang benar lagi lurus, Amin.

Wallah hu aqlam
Wassalam.

Wednesday, June 30, 2010

KRONOLOGI YANG WAJIB DIFAHAMI OLEH UMAT ISLAM KINI

Kronologi 2: PERSEDIAAN MENERIMA KELAHIRAN AL MAHDI!
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah kurnia Allah SWT, pada waktu ini saya dapat sekali lagi memulakan penulisan untuk menyambung topik yang kita perbincangkan terdahulu. Semuga Allah SWT menunjukkan saya ilmu yang benar untuk saya persembahkan kepada saudara-saudara semua.

Daripada topik yang lepas, saya berharap semuga sahabat dan saudara-saudara semua dapat memahami situasi kita dan di fasa manakah kita berada sekarang ini. Dengan mengetahui situasi diri kita, maka kita dapat memikirkan perancangan lanjut untuk kita bina diri kita kearah kemantapan Iman dan Taqwa, InsyaAllah.

Sahabat dan saudara-saudaraku,
Dalam topik terdahulu, saya berusaha untuk memahamkan saudara-saudara bahawa sesungguhnya kita sekarang ini berada di waktu terakhir pada Fasa yang ke 4 iaitu pada era di mana Islam itu sudah ‘kembali dagang’ dan kerana Islam itu sudah kembali dagang, maka adalah amat perlu kepada kelahiran seorang pemimpin yang dapat mengembalikan Islam itu di atas landasannya yang sebenar. Kita perhatikan bahawa keadaan zaman gelap di mana umat Islam telah dipecahkan bukan sahaja melalui ideology pegangan seperti apa yang berlaku terhadap Syiah dan Sunni, tetapi yang lebih memparahkan lagi keadaan adalah apabila umat Islam ini terpecah kepada kelompok-kelompok kecil dalam bentuk ‘negara-negara’ di mana pada setiap negara kecil umat Islam itu, Islam tidak lagi didominasikan dalam system pemerintahan tetapi umat ini telah menerima system moden seperti kapitalisma dan komunisma dengan beranggapan bahawa system itu adalah selari dengan system Islam.

Sebenarnya saudara-saudara, pada hari ini kalau kita dapat melihat dengan kedua-dua mata yang Allah anugerahkan untuk kita iaitu mata zahir dan mata hati, pasti kita dapat melihat dengan jelas mengenai pembohongan-pembohongan besar yang sedang berlaku kepada umat Islam. Pada zaman Firaun dan Namrud atau pemimpin-pemimpin besar zaman dahulu yang menolak ‘iman’ kepada Allah SWT, mereka itu memaksa umat yang ‘Islam’ untuk menerima system ‘kuffar’ mereka dan umat yang ‘Islam’ saat itu boleh melihat dengan jelas mengenai kepalsuan yang dipaksakan keatas mereka kerana Firaun dan Namrud menolak hukum Allah SWT dengan terang dan jelas.

Tetapi pada waktu ini, di zaman yang kita ada sekarang ini, dengan pembohongan-pembohongan besar (Rasulullah s.a.w menyebutnya sebagai ‘fitnah’), umat ini telah diperdayakan untuk menerima suatu kaedah yang amat bertentangan dengan Islam dan kaedah itu pula diyakini sebagai salah satu daripada kaedah Islam. Umat ini telah jatuh dalam suatu kancah ‘kerosakan akidah’ tanpa mereka mengetahui bahawa sebenarnya akidah mereka telah dirosakkan. Lebih dahsyat lagi adalah kerana sebahagian para Ulama’ dizaman ini tidak dapat melihat fitnah besar yang sedang berlaku itu, disebabkan itu mereka memfatwakan sesuatu yang bid’ah sebagai halal sedangkan Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa setiap yang bid’ah itu adalah sesat.

Kerana kerosakan atau fitnah yang sedemikian besar itu telahpun berlaku, sudah menjadi ketentuan Allah SWT bahawa Allah SWT tidak akan membiarkan manusia yang berkeyakinan pada keujudanNya untuk terus dirosakkan. Demikian itu adalah kerana kasih sayang Allah SWT kepada manusia. Kita melihat, bagaimana pada setiap zaman, apabila kerosakan telah berleluasa, maka Allah akan menghantarkan seorang ‘penyelamat’ untuk menyelamatkan ‘kekasih-kekasihnya’ di atas muka bumi ini. Diatas keyakinan itu jugalah saya sangat percaya bahawa Al Mahdi akan didatangkan dalam waktu yang terdekat ini.

Diperkuatkan pula dengan beberapa petanda yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w mengenai kedatangan seorang Al Mahdi atau ‘penyelamat’ seperti:-
 Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa antara tanda-tanda dekatnya kelahiran Al Mahdi itu ialah akan berlakunya gerhana bulan dan gerhana matahari pada bulan Ramadhan tahun yang sama.
Petanda ini telah berlaku pada tahun 1982 iaitu gerhana bulan berlaku pada 14hb Ramadhan dan gerhana matahari pada 28hb Ramadhan.
Kerana itu jika kita dapat memerhatikan hal ini dengan ‘dua mata’, ini adalah merupakan suatu petanda bahawa umat Islam bakal menerima seorang Al Mahdi dalam tempoh yang terdekat.
 Melintasnya dari arah timur ke barat ‘bintang berekor’ dan manusia dapat melihatnya. Hal ini berlaku apabila komet ‘Haley’ melintasi bumi pada tahun 1986 dan ianya dapat dilihat oleh penduduk bumi bergerak dari arah timur ke barat. Ini juga adalah merupakan suatu petanda yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. dan komet Haley ini sering dikaitkan dengan kelahiran manusia-manusia ‘besar’ semenjak dari zaman Adam a.s
 Seperti mana telah pecahnya tembok-tembok istana tanda kebesaran kerajaan Parsi iaitu salah sebuah dari kuasa besar dunia semasa kelahiran Rasulullah s.a.w, maka hari ini telah berlaku tragedy 11 September yang telah meruntuhkan tanda kebesaran kerajaan Amerika suatu kuasa besar dunia ketika ini.

Sebenarnya terdapat lebih banyak lagi tanda-tanda bahawa kelahiran Al Mahdi itu sudah sangat hampir, cuma persoalannya, apakah persediaan kita untuk menerima kedatangannya.Kita akan menerima kedatangan seorang tetamu yang amat kita nanti-nantikan, yang akan menjadi seorang pemimpin kepada seluruh umat Islam sedunia ketika ini. ‘Super VVIP’ ini telah dikhabarkan kedatangannya semenjak lebih 1400 tahun yang lalu oleh seorang pemimpin terulung seluruh manusia iaitu nabi besar kita Muhammad Rasulullah s.a.w. Jika seorang menteri datang ke tempat kita, kita siapkan pelbagai persediaan, maka apakah persediaan kita untuk menerima kedatangan seorang pemimpin yang dijanjikan untuk menjadi pemimpin kepada seluruh umat Islam?

Kearah membuat persiapan ini, ingatlah pada peringatanku ini wahai sahabat dan saudara-saudaraku, ingatlah bahawa kita ini jangan sampai menjadi seperti Yahudi dan Nashara atau Ahli Kitab pada ketika sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Mereka ternanti-nanti kedatangan seorang Nabi Penyelamat Ummah, mereka mengenalinya seperti mereka mengenali anak-anak mereka sendiri, mereka mengetahui segala petanda semasa kelahirannya, mereka mengetahui tanda-tanda kenabiannya, mereka ketahui tempat dia akan menyempurnakan risalah kenabiannya dimana mereka telah berhijrah ke sana (ke Yathrib) untuk menyambut kedatangannya, tetapi setelah kedatangannya, setelah Muhammad s.a.w diutuskan oleh Allah SWT, mereka menolak risalah yang dibawanya, mereka menolak misi yang diusahakannya sehinggakan penantian yang mereka buat untuk sekian lama itu menjadi sia-sia sahaja. Apakah kita akan melakukan hal yang sama?

Sahabat dan saudara-saudaraku,
Untuk itu, sebelum kita membuat sebarang persediaan, hendaklah kita mengetahui terlebih dahulu bagaimanakah kronologi kedatangannya dan apakah misi yang akan dibawa oleh Al Mahdi . Iaitu bagaimanakah cara kelahirannya, cara perlantikannya dan apakah yang akan dilakukannya setelah dia diangkat sebagai Al Mahdi? Jika kita gagal memahami persoalan ini, maka kita mungkin tidak mengenalinya walaupun dia sudah berada dihadapan kita.

Fasa pertama kedatangan Al Mahdi: Kelahirannya:
Baginda akan dilahirkan sebagai manusia biasa sebagaimana kelahiran Rasulullah s.a.w ‘tanpa sebarang mukjizat kelahiran’ (sebagaimana Isa Putra Maryam yang dilahirkan boleh bercakap), hanya Ibu atau bapa baginda yang akan diberikan petunjuk mengenai kelahirannya seperti ibu Rasulullah s.a.w yang bermimpi bahawa anak yang bakal dilahirkannya bercahaya seumpama bulan. Nama Baginda adalah samada Ahmad atau Muhammad dan nama bapa Baginda adalah Abdullah. Baginda adalah dari keturunan Rasulullah s.a.w iaitu daripada keturunan Hassan atau Hussin anak kepada Syaidina Ali dan Syaidituna Fatimah Az Zahra.

Baginda akan dibesarkan dalam pemeliharaan Allah SWT dan Allah jugalah yang akan melindunginya sebagaimana Allah telah melindungi Nabi Musa a.s. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu melindungi orang yang dipilihnya kerana kelahirannya bukan sahaja ditunggu oleh kita umat Islam, tetapi juga dia sedang dinantikan oleh kaum Zionis Yahudi dan ‘Jasassah’ Dajjal. Mereka iaitu Zionis Yahudi dan Dajjal mengetahui bahawa Baginda adalah diantara manusia pilihan yang akan menewaskan mereka. Sudah tentulah mereka akan berusaha untuk membunuhnya jika mereka mengetahui kelahirannya sebagaimana Firaun berusaha membunuh Musa a.s

Fasa kedua kedatangan Al Mahdi: Perlantikannya:
Sesungguhnya tidak akan ada lagi nabi atau Rasul sesudah Muhammad s.a.w yang bermakna bahawa tidak akan ada lagi ‘wahyu’ yang akan turun dari langit sesudah kewafatan Rasulullah s.a.w. Perkara ini mestilah diingat dengan bersungguh-sungguh dan difahami dengan teliti. Ketahuilah bahawa Al Masih Isa Putra Maryam a.s ketika diturunkan nanti itupun tidak akan lagi menerima wahyu dari langit. Pintu wahyu telah tertutup dan tidak akan terbuka lagi dan sesiapa yang mengatakan bahawa dia menerima wahyu dari Allah SWT, maka manusia itu adalah ‘Dajjal’ atau penipu besar. Saya mengingatkan hal ini adalah kerana Al Mahdi yang kita nantikan itu bukanlah seorang Nabi kerana itu janganlah keliru atau dikelirukan dengan berita-berita bohong yang mungkin saja akan sampai kepada kita nanti.

Sesungguhnya junjungan kita, Muhammad s.a.w itu adalah manusia biasa, tiada keganjilan dalam sifat kemanusiaannya maka sebegitu juga dengan Al Mahdi. Dia adalah manusia biasa tanpa sebarang keganjilan pada sifat kemanusiaannya. Dia bukanlah manusia yang telah mati tetapi dihidupkan semula ataupun dia bukan juga seorang manusia yang telah hidup beratus tahun dahulu kemudian ghaib dan akan muncul kembali.

Saya juga ingin mengingatkan diri saya sendiri, keluarga dan keturunan saya serta sahabat dan saudara-saudara semua bahawa mimpi seorang Islam (yang benar dalam ‘Iman’, ‘Amal’ dan ‘Taqwa”nya) akan menjadi mimpi yang benar ketika hampir tibanya waktu Al Mahdi dibai’ahkan. Jika Allah memberikan mimpi kepada saudara bahawa Al Mahdi akan dibai’ahkan pada waktu tertentu, maka pergilah ke Makkah untuk menyambut Baginda dan berbai’ah kepada Baginda.. Jika anda tidak meyakini bahawa orang itu adalah Al Mahdi, maka mintalah dia menunjukkan tanda kelahirannya kerana tanda kelahiran Al Mahdi adalah sama dengan tanda kelahiran yang ada pada Rasulullah s.a.w. Hanya itulah petanda untuk kita pergi berbai’ah kepada Baginda sebagai merestui perlantikan yang diberikan oleh Allah SWT kepada Baginda. Hanya itulah sahaja cara untuk kita mengetahui mengenai siapakah yang hendak kita bai’ahkan sebagai Al Mahdi sepertimana yang ditunjuki oleh Rasulullah s.a.w.

Jika sekiranya kita tidak dapat menghadirkan diri ataupun kita tidak memperoleh sebarang perkhabaran mengenai “bai’ah” itu, suatu petanda lagi yang sepatutnya kita tahu ialah bahawa sesudah baginda di bai’ahkan, akan berlaku dimana baginda akan diperangi oleh tentera-tentera kaum kuffar. Kita tidak mengetahui samada tentera itu merupakan tentera kepada penjaga ‘Haramain’ ataupun tentera kuffar dari luar. Mereka (tentera kuffar) itu mengejar untuk membunuh Al Mahdi sehingga tiba di padang pasir, kemudian Allah SWT akan menenggelamkan sebahagian besar tentera-tentera itu kedalam bumi. Bermakna bahawa akan berlaku peperangan diantara Al Mahdi dan mereka yang berbaiah kepadanya dengan tentera-tentera kuffar tetapi Allah SWT menyelamatkan pemimpin yang dipilihNya. Dengan petanda itu, selagi kita tidak mendengar berita mengenai peperangan yang meletus berhampiran Makkah dan orang yang diperangi itu mencapai kemenangan, maka selagi itulah Al Mahdi itu belum lagi dibai’ahkan.

Fasa ketiga dan seterusnya insyaAllah akan kita muatkan dalam penulisan yang akan datang. Jika sahabat dan saudara semua mempunyai kesukaran untuk mendapatkan penulisan ini, bolehlah sahabat dan saudara-saudara semua dapatkannya dari http//manmanan.blogspot.com

Semuga Allah menunjuki kita kejalanNya yang benar lagi lurus.
Wallah hu aqlam.

Monday, June 28, 2010

MEMAHAMI KRONOLOGI IMAM MAHDI

Alhamdulillah, dengan rahmat Allah SWT pada waktu ini sekali lagi saya berkesempatan untuk meneruskan penulisan saya mengenai kronologi kedatangan seorang pemimpin yang sedang kita tunggu-tunggu, seorang pemimpin yang telah dinyatakan untuk umat ini oleh Rasulullah s.a.w lebih 1400 tahun yang lalu. Kearah itu, suatu kaji bedah perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh supaya dengan itu, kita dapat memahami dengan mendalam. Dengan pemahaman itu, kita tidak akan tertipu dengan mereka yang akan mengakui bahawa dia adalah Al Mahdi yang dijanjikan untuk umat Islam disamping kita dapat membuat persediaan untuk menerima kedatangannya.

Adakah Al Mahdi telah dilahirkan?
Pada tajuk “Kronologi yang mesti difahami oleh umat Islam kini”, saya membawakan untuk saudara saudara hasil kefahaman saya terhadap beberapa hadis Rasulullah s.a.w dalam usaha baginda memberitahu umat Islam mengenai permasalahan datangnya hari ‘Kiamat’, Semuga kefahaman itu adalah datang dari Allah SWT dan semuga Allah SWT melindungi saya dari menyatakan hal-hal yang palsu, Amin.

Dalam kronologi itu, saya berusaha untuk memahamkan saudara-saudara bahawa sesungguhnya kita sekarang ini berada di Fasa yang ke 4 iaitu pada era di mana Islam itu sudah ‘kembali dagang’ dan kerana Islam itu sudah kembali dagang, maka adalah amat perlu kepada kelahiran seorang pemimpin yang dapat mengembalikan Islam itu di atas landasannya yang sebenar. Kita perhatikan bahawa keadaan zaman gelap di mana umat Islam telah dipecahkan bukan sahaja melalui ideology pegangan seperti apa yang berlaku terhadap Syiah dan Sunni, tetapi yang lebih memparahkan lagi keadaan adalah apabila umat Islam ini terpecah kepada kelompok-kelompok kecil dalam bentuk ‘negara-negara’ di mana pada setiap negara kecil umat Islam itu, Islam tidak lagi didominasikan dalam system pemerintahan tetapi umat ini telah menerima system moden seperti kapitalisma dan komunisma dengan beranggapan bahawa system itu adalah selari dengan system Islam.

Sebenarnya saudara-saudara, pada hari ini kalau kita dapat melihat dengan kedua-dua mata yang Allah anugerahkan untuk kita iaitu mata zahir dan mata hati, pasti kita dapat melihat dengan jelas mengenai pembohongan-pembohongan besar yang sedang berlaku kepada umat Islam. Pada zaman Firaun dan Namrud atau pemimpin-pemimpin besar zaman dahulu yang menolak ‘iman’ kepada Allah SWT, mereka itu memaksakan umat yang beriman untuk menerima system mereka dan umat yang ‘Islam’ saat itu boleh melihat dengan jelas mengenai kepalsuan yang dipaksakan keatas mereka kerana Firaun dan Namrud menolak hukum Allah SWT dengan terang dan jelas. Tetapi pada waktu ini, di zaman yang kita ada sekarang ini, dengan pembohongan-pembohongan besar itu, umat ini telah diperdayakan untuk menerima suatu kaedah yang amat bertentangan dengan Islam dan kaedah itu pula diyakini sebagai salah satu dari kaedah Islam. Umat ini telah jatuh dalam suatu kancah ‘kerosakan akidah’ tanpa mereka mengetahui bahawa sebenarnya akidah mereka telah dirosakkan.
Kerana kerosakan yang sedemikian besar itu, tentunya Allah SWT tidak akan membiarkan manusia yang berkeyakinan pada keujudanNya untuk terus dirosakkan. Kita melihat, bagaimana pada setiap zaman, apabila kerosakan telah berleluasa, maka Allah akan menghantarkan seorang ‘penyelamat’ untuk menyelamatkan ‘kekasih-kekasihnya’ di atas muka bumi ini. Diatas keyakinan itu jugalah saya sangat percaya bahawa Al Mahdi akan didatangkan dalam waktu yang terdekat ini.

Sesungguhnya, telah berlaku beberapa petunjuk yang sangat jelas mengenai kelahiran Al Mahdi. Saya tidak berhasrat untuk menyatakan mengenai tanda-tanda itu secara keseluruhannya kerana kita boleh dapatkannya daripada laman-laman yang berkaitan dengan petanda-petanda itu, tetapi saya hanya mengemukakan beberapa petanda yang menunjukkan bahawa Al Mahdi itu samada telah dilahirkan atau akan dilahirkan dalam tempoh yang terdekat ini. Antara tanda-tanda itu adalah:-
 Berlakunya gerhana bulan dan gerhana matahari dalam bulan Ramadhan. Hal ini amat jarang berlaku, tetapi ianya telah berlaku selama dua tahun berturut-turut, perkara ini telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w sebagai suatu tanda kelahiran seorang Al Mahdi. Kerana itu jika kita dapat memerhatikan hal ini dengan ‘dua mata’, ini adalah merupakan suatu petanda kepada suatu kelahiran besar.
 Melintasnya dari arah timur ke barat ‘komet haley’ berhampiran bumi dan ianya dapat dilihat oleh penduduk bumi dan kita menamakannya sebagai ‘bintang berekor’. Ini juga adalah merupakan suatu petanda yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w.
 Seperti mana telah pecahnya tembok-tembok istana tanda kebesaran kerajaan Parsi iaitu salah sebuah dari kuasa besar semasa kelahiran Rasulullah s.a.w, maka hari ini telah berlaku tragedy 11 September yang juga meruntuhkan tanda kebesaran kerajaan Amerika, suatu kuasa besar ketika ini.
Tiga petanda ini, menunjukkan dengan jelas bahawa Al Mahdi telah dilahirkan dan sedang membesar di bawah jagaan Allah SWT. Apabila tiba waktunya, maka dia akan dibai’ahkan di Masjidil Haram.

Bagaimana Perlantikan Al Mahdi?
Sesiapa sahaja boleh mengakui bahawa dia adalah Al Mahdi, tetapi hanya Al Mahdi yang dipilih oleh Allah s.w.t sahaja yang akan mampu melaksanakan misi kelahirannya kerana itu kita mestilah memahami dengan jelas mengenai misi Al Mahdi bagi mengelakkan kita dari tertipu oleh mereka-mereka yang mengakui bahawa dia adalah Al Mahdi.

Sesuatu yang paling jelas adalah bahawa, tidak seperti Rasulullah s.a.w yang menerima wahyu Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w kemudiannya keluar ke jalanan untuk menjalankan dakwahnya dengan mengakui bahawa dia adalah Rasulullah, Al Mahdi tidak menerima sebarang wahyu dari Allah s.w.t dan dia sendiri tidak akan mengakui bahawa dia adalah Al Mahdi sehinggalah dia disuruh untuk menerima tugasan Al Mahdiyyin itu oleh segolongan umat Islam yang samada mereka itu (umat Islam yang berbai’ah kepada Al Mahdi) mengenalinya ataupun kerana mereka itu memerlukan beliau untuk melaksanakan tugas Al Mahdiyyin. Setelah beliau berjaya dalam misi untuk meruntuhkan kerosakan yang berlaku kepada umat Islam sedunia dan dia pula kemudiannya bergabung dengan Isa Putra Maryam a.s menewaskan Zionis dan Yahudi laknatullah yang telah banyak merosakkan akidah umat Islam, barulah diketahui bahawa sebenarnya dia adalah Al Mahdi seperti yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. Hal ini sebenarnya adalah hampir sama dengan Salahuddin Al Ayubi yang telah membebaskan Palestin tanpa menyedari bahawa dia adalah merupakan orang yang telah disebut didalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

Suatu hal yang amat penting untuk diketahui oleh semua mereka yang sedang menanti kedatangan Al Mahdi ialah bahawa, setelah dia (Al Mahdi) di bai’ahkan, tentera-tentera kufar akan mengejar untuk membunuhnya, tetapi Allah yang akan menyelamatkan beliau dan pengikut-pengikut beliau dengan menenggelamkan sebahagian besar tentera kufar itu ke dalam bumi, apabila sebahagian tentera kufar itu ditelan oleh bumi, maka sebahagian yang masih bersisa itu akan turut menjadi pengikut kepada Al Mahdi. Saya menekankan petanda ini adalah kerana hanya dengan petanda itu sahaja yang kita ada untuk kita dapat mengenali Al Mahdi yang dijanjikan oleh Allah s.w.t melalui lisan Muhammad Rasulullah s.a.w lebih 1,400 tahun yang lalu. Selagi tidak berlakunya samada tanah runtuh, gempa bumi atau peperangan yang menyebabkan kematian ramai tentera-tentera di padang pasir berhampiran dengan Makkah. Peperangan yang menewaskan banyak askar-askar ataupun polis-polis yang kita tidak ketahui samada polis atau askar itu datangnya dari penjaga ‘Haramain’ atau dari luar, itu bermakna bahawa Al Mahdi masih belum di bai’ahkan. Sehingga ke waktu ini, petanda itu masih belum berlaku.

Siapakah yang akan berbai’ah kepada Al Mahdi?
Dalam usaha untuk mencari siapakah yang akan berbai’ah kepada Al Mahdi ini, yang pertama untuk kita mengetahuinya ialah bahawa tidak akan ada seseorang jua pun di dunia ini yang akan mengangkat bai’ah kepada seseorang sekiranya orang itu tidak terlebih dahulu menunjukkan keupayaannya ataupun tanpa orang yang mengangkat bai’ah itu mengenalinya. Ini amat penting diketahui kerana semasa beliau di bai’ahkan, Al Mahdi itu mestilah merupakan seorang pemimpin yang dikenali oleh orang-orang yang akan berbaiah kepadanya.

Hal ini menunjukkan bahawa, ketika ini (sekiranya Al Mahdi itu lahir dalam tahun 1990an) dia sudah berumur dalam lingkungan 20an dan tentunya sedang dalam persiapan untuk menjadi pemimpin kepada sebuah organisasi samada organisasi itu berupa sebuah kerajaan (yang bernegara) ataupun sebuah pertubuhan bukan kerajaan. Yang wajib kita ketahui ialah nama beliau adalah Muhammad ataupun Ahmad, dan beliau akan menjadi seorang pemimpin yang dikenali serta boleh diterima oleh pemimpin-pemimpin organisasi yang lain. Sekiranya kepimpinannya hanya diiktiraf oleh perkumpulan mereka sahaja tetapi tidak menerima pengiktirafan dari pemimpin organisasi yang lain, itu membawa makna bahawa beliau bukanlah seorang Al Mahdi walaupun namanya Ahmad atau Muhammad. Ini adalah kerana Al Mahdi akan dibai’ah oleh beberapa orang pemimpin organisasi Islam yang memerlukan khidmatnya untuk melaksanakan tugasan Al Mahdiyyin. Beberapa pemimpin besar dalam pergerakan atau negara Islam akan diberi hidayah oleh Allah SWT untuk berbai’ah kepada Al Mahdi, setelah menerima bai’ah itu, Al Mahdi akan membentuk pasukan tenteranya, tidaklah dapat dipastikan bentuk ketenteraan yang akan dilaksanakan oleh Al Mahdi, tetapi yang jelas, tenteranya adalah mereka yang sanggup untuk berjihad menentang Zionis/Yahudi Laknatullah, mereka akan bergerak untuk meruntuhkan system kapitalisma yang ditunjangi oleh Zionis/Yahudi dan kemudian membentuk suatu system peradaban Islam dengan sempurna.

Apa yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w ialah bahawa Al Mahdi itu akan dibantu oleh tentera-tentera yang berpakaian hitam atau berwarna gelap yang akan datang dari timur, makna timur itu adalah merupakan timur Madinah, mungkin saja ia adalah merupakan organisasi bukan kerajaan atau mungkin juga kerajaan samada di Iraq, Iran, Afghanistan, Chechnya, India, Sri Lanka, Thailand, Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina, Jepun malahan China. Maka pimpinan organisasi ini adalah diantara mereka yang akan berbaiah kepada Al mahdi di hadapan Kaabah nanti. Bagi kita yang berada di Indonesia dan di Malaysia, Negara yang kebanyakan penduduknya adalah Islam, sepatutnya kita telah membuat persediaan untuk itu, iaitu menzahirkan sebuah kerajaan yang boleh menerima kedatangan Al Mahdi dan menolak system kapitalisma barat yang merosakkan. Kearah itu, kita perlu berada di dalam suatu jamaah untuk bergerak bersama. Semuga Allah menunjuki kepada kita jalanNya dan membukakan hijab yang selama ini menutupi pandangan kita.

Pesanan buat Ummah
Suatu hal yang perlu kita ketahui ialah bahawa Al Mahdi itu dilahirkan seperti mana Muhammad s.a.w dilahirkan bukannya dia akan diturunkan seperti mana Isa Putra Maryam diturunkan (turun dari langit, dibawa oleh para Malaikat). Al Mahdi akan meninggal dunia seperti mana Muhammad s.a.w meninggal dunia, cuma Al Mahdi akan meninggal dunia sebelum usianya meningkat tua bukannya dia dipanjangkan usia hingga beratus-ratus tahun dalam suatu tempat persembunyian ataupun dia telah mati tetapi akan dihidupkan semula. Saya mengingatkan saudara-saudara semua persoalan ini semata-mata untuk mengingatkan kita bahawa Al Mahdi itu adalah seorang manusia yang dipilih oleh Allah SWT untuk memimpin umat secara yang normal dibawah perlindungan dan pertolongan dari Allah SWT, dan dia tidak akan dibaluti oleh sesuatu yang mistik atau keajaiban, inilah Al Mahdi.

Pada penulisan yang lalu, saya telah mengemukakan mengenai misi pertama Al Mahdi, iaitu untuk mengembalikan Islam itu supaya berada di atas landasannya yang sebenar. Dalam usaha ini, seperti halnya dengan Salahuddin Al Ayubi, beliau akan mengumpul kekuatan dengan cara mengajak samada organisasi atau negara-negara Islam bagi menyertai beliau, bagi negara yang menyokongnya dan berbai’ah kepadanya, tentulah Allah akan melimpahkan rahmatNya untuk keseluruhan organisasi atau negara itu, tetapi bagi mereka yang memeranginya, tentulah bala tentera Al Mahdi akan memenangi penentangan terhadap mereka. Umat Islam ketika itu, walaupun mungkin mempunyai pegangan yang berbeda (seperti Syiah dan Sunni) tetapi mereka adalah umat yang satu dan umat yang satu inilah yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w akan menerima syurga Allah SWT dan bagi mereka yang menentang Al Mahdi, tentunya imbalan untuk mereka adalah Neraka Allah SWT.

Ingatlah pada satu firman Allah SWT yang ditujukan kepada Ahli Kitab (Yahudi dan Nashara), mengajak mereka kepada menyembah Allah, Tuhan yang sama yang disembah oleh mereka. Jika mereka itu beriman kepada Allah walaupun mereka itu ‘Ahli Kitab’ yang mengamalkan agama mengikut ketentuan Al Kitab mereka, mereka itu pula beramal dengan amalan yang soleh, maka Allah akan menerima semua amalan mereka itu.

Jika Ahli Kitab pun boleh diterima amalan mereka walaupun mereka menggunakan ‘Kitab’ yang berbeda, kenapa kita yang mempunyai Tuhan yang sama, Kitab yang sama, Kalimah Syahadah yang sama tidak dapat menjadi umat yang satu? Masanya telah tiba untuk kita melupakan perbedaan antara kita, jangan ada lagi masalah furuq yang memisahkan kita, jangan ada lagi syiah atau sunni atau mazhab-mazhab yang menghalang kerjasama kita. Ingatlah bahawa Yang terbaik antara kita bukannya pada Sunni atau Syiah, bukan pada Shafie, Wahabi, Hanafi, Hambali atau Maliki, tetapi yang terbaik adalah mereka yang meneguhkan iman kepada Allah SWT, yang terbaik adalah mereka yang syahid dalam jihad menegakkan agama Allah SWT, yang terbaik adalah mereka yang mengajak kepada ‘Amal Makruf Nahi Mungkar’, yang terbaik adalah mereka yang mengikuti Sunnah Rasulullah s.a.w iaitu menjadikan Islam sebagai “Rahmatan Lil ‘Alamin”. Dan yang terbaik adalah mereka yang akan membebaskan ‘Islam’ dari keadaannya yang ‘dagang’ untuk kembali menyinari alam.

Semuga tulisan ini dapat kita hayati untuk kita sama-sama membuka hijab yang menutupi kita, berdoalah dengan keikhlasan diri, berharaplah dengan sebesar-besar pengharapan supaya Allah menunjuki kita ke jalanNya. Amin.

Friday, June 25, 2010

SIAPAKAH IMAM MAHDI?

Banyak juga hadis sahih dari perawi yang muktabar yang menjelaskan mengenai Imam Mahdi yang juga dikenali sebagai Penyelamat kepada umat Islam ketika sampainya waktu penghujung ‘Zaman Gelap’ yang menimpa umat Islam. Antara hadis-hadis tersebut adalah untuk memperkenalkan Imam Mahdi itu kepada umat Islam iaitu mengenai namanya, keturunannya dan perawakannya. Begitu juga terdapat hadis-hadis yang menerangkan mengenai waktu kedatangannya.

Tetapi hari ini saya mengulas sesuatu yang agak berbeza dari ulasan-ulasan mengenai Al Mahdi yang pernah saudara semua ikuti iaitu sesuatu yang sangat mencemaskan diri saya sendiri. Saya ingin mengulas mengenai misi yang akan dibawa oleh Al Mahdi itu supaya dengan demikian kita dapat mengetahui apakah tujuan kelahirannya, apakah tujuan Allah SWT mengutuskannya. Dengan kita memahami tujuan utama kenapa dan mengapa dia dilahirkan dan diutuskan di atas muka bumi ini, maka kita berharap semuga kita akan dapat menerima kehadirannya nanti.

Ingatlah pada wasiatku ini wahai saudara-saudaraku, ingatlah bahawa kita ini jangan sampai menjadi seperti Yahudi dan Nashara atau Ahli Kitab pada ketika sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Mereka ternanti-nanti kedatangan seorang Nabi Penyelamat Ummah, mereka mengenalinya seperti mereka mengenali anak-anak mereka sendiri, mereka mengetahui segala petanda semasa kelahirannya, mereka mengetahui tanda-tanda kenabiannya, mereka ketahui tempat dia akan menyempurnakan risalah kenabiannya, tetapi setelah kedatangannya, setelah Muhammad s.a.w diutuskan oleh Allah SWT, mereka menolak risalah yang dibawanya, mereka menolak misi yang diusahakannya sehinggakan penantian yang mereka buat untuk sekian lamanya itu menjadi sia-sia sahaja.

Saudara-saudaraku,

Ketahuilah bahawa, kedatangan Al Mahdi yang kita nanti-nantikan itu bukan hanya untuk berperang bagi menyelamatkan umat Islam semata-mata, tetapi juga dia akan berperang menentang umat Islam itu sendiri. Dia akan menghancurkan mereka yang menolak Misi yang dibawanya, dia akan menentang mereka yang merosakkan Islam dan Allah akan menentukan kemenangan kepadanya. Jadi kita ini akan berada di mana? Adakah kita ini akan bersama dengan tentera Al Mahdi atau kita akan bersama dengan pendukung-pendukung kefasikan yang akan diperangi oleh tentera Al Mahdi? Sebab itulah kita mesti mengetahui hal ini secara mendalam dan teliti, supaya apabila dia iaitu Al Mahdi itu telah diutuskan, kita akan menjadi salah seorang dari pendukungnya.

Sesungguhnya aku amat bimbang wahai saudara-saudaraku, kebimbangan yang amat sangat, apakah nanti kita semua ini akan menjadi salah seorang dari pendukung atau menjadi salah seorang anggota jemaah Al Mahdi atau kita akan menjadi penentang-penentangnya dengan kita mengkafirkannya dan menolak apa yang dibawanya sedangkan apa yang dibawanya itu adalah kebenaran dari Allah SWT.

Ketahuilah saudara-saudaraku,

Bahawa Al Mahdi itu nanti akan menegakkan Sunnah Rasulullah s.a.w dan dia akan melaksanakan Sunnah itu dengan sebenar-benarnya. Ingatkah lagi kita pada hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim dan Muslim mengutip hadis itu daripada Abu Hurairah r.a di mana Abu Hurairah mengatakan bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Islam itu bermula dagang/asing dan akan kembali dagang/asing pula, maka beruntunglah orang-orang yang dagang/asing itu”

Itulah Misi pertama Al Mahdi, sama seperti Misi Rasulullah s.a.w iaitu untuk membebaskan Islam daripada berkeadaan ‘dagang/asing’ kepada berkeadaan sempurna lagi menyempurnakan sehingga Islam itu akan menjadi “Rahmatan Lil ‘Alamin”.

Saudara-saudaraku,

Tahukah kita bahawa sesungguhnya pada waktu ini Islam itu telah kembali dagang? Dapatkah kita merasainya? Dapatkah kita melihatnya?. Ketahuilah bahawa jika kita melihat hanya menggunakan ‘satu mata’, pasti kita tidak akan dapat melihat dan merasainya, kerana itu gunakanlah ‘dua mata’ yang Allah anugerahkan untuk kita semua, iaitu ‘mata zahir’ dan juga ‘mata hati’. Apabila kita menggunakan dua mata yang Allah anugerahkan untuk kita, pasti kita dapat melihat betapa Islam itu sedang terpenjara, menunggu-nunggu penyelamat untuk membebaskannya kembali.

Hari ini kita merasakan bahawa kita dengan amalan kita sudah memadai untuk mendapat ‘keredhaan’ Allah SWT. Kita merasakan bahawa kefahaman kita adalah merupakan kefahaman yang terbaik dan mengatasi semua kefahaman orang lain, sama sahaja seperti mana kaum Ahli Kitab sebelum kedatangan Muhammad s.a.w.

Kita mengatakan bahawa kita ini adalah ‘Ahlissunnah Wa Jamaah’, kita mengatakan bahawa kita ini adalah pendukung/anggota jamaah untuk menegakkan ‘Sunnah Rasulullah s.a.w’ , Benarkah demikian atau ianya hanya angan-angan kita sahaja? Lihatlah dengan ‘dua mata’ wahai saudara-saudaraku. Bertanyalah pada diri kita sendiri dengan pertanyaan yang benar dan ikhlas.

Janganlah kita menjadi seperti Ahli Kitab yang ditegur oleh Allah SWT didalam surah Al Baqarah ayat 111 yang mafhumnya: “Berkatalah mereka itu: tidak akan masuk syurga melainkan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nashrani, demikianlah angan-angan mereka. Katakanlah: unjukkan dalil jika kamu orang yang benar!”

Janganlah kita terpedaya wahai saudara-saudaraku sebagaimana terpedayanya kaum Yahudi dan Nashrani. Janganlah kita mengangankan syurga Allah sekiranya kita tidak pernah melaksanakan apa yang Allah kehendaki kita laksanakan. Allah tidak akan menyoal kamu, apakah kamu ini dari mazhab A atau dari mazhab B, tetapi Allah akan menanyai kamu tentang Iman dan tentang amal kamu. Allah tidak akan bertanya adakah kamu syiah atau sunni tetapi Allah menyatakan bahawa jika kamu beriman dan bertaqwa kepada Allah, kamu pula menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar kemudian kamu beramal dengan amalan soleh, maka Allah akan membalasi kamu dengan balasan yang baik.

Takutlah kepada Allah kerana Dia yang memiliki Hari Perhitungan, jika kelak Allah menanyakan kita tentang apa yang kita lakukan untuk menyelamatkan Islam? Adakah kita akan menjawab: “aku sibuk dengan kehidupan duniaku hingga aku tidak sempat membuat apa-apa!!” atau adakah jawaban kita: “aku ini miskin, kerana itu aku terpaksa bekerja dari pagi hingga malam hingga aku tidak ambil tahu persoalan itu!!” atau adakah jawaban kita: “aku sibuk dengan parti politik yang aku sertai dan tiada masa untuk memikirkannya!!”, atau adakah jawaban kita: “ aku telah mengajak manusia kepada Ulama’ Salaf tetapi aku sendiri tidak memahami dan melaksanakannya” atau adakah jawaban kita: “aku sibuk menyuruh orang bersolat secara sunnah hingga aku lupa untuk menyelamatkan Islam!!” atau adakah jawaban kita: “aku sibuk mencari jalan untuk membenarkan suatu yang mungkar hingga aku lupa kepada Islam!!” atau adakah jawaban kita: “aku sibuk mencari kesalahan mereka yang tidak sealiran dengan mazhabku sehingga aku terlupa pada nasib Islam!!”

Tanyalah pada diri kita wahai saudara-saudaraku, adakah jawaban-jawaban itu akan membawa kita kepada keredhaan Allah SWT…

Yang baik itu dari Allah dan yang sebaliknya itu adalah dari salah faham diri saya sendiri, semuga Allah melindungi kita dari fitnah akhir zaman yang sangat berleluasa sekarang ini, Amin.

Wallah hu aqlam.

KRONOLOGI YANG WAJIB DIFAHAMI OLEH UMAT ISLAM KINI

Kronologi 1: ANDA BERADA DI ZAMAN MANA?

Mengikut Rasulullah SAW melalui hadis-hadis sahih, kronologi umat ini akan berlangsung seperti berikut:

Fasa 1: Kenabian

Iaitu mereka yang hidup pada masa Rasulullah SAW masih hidup. Mereka ini ‘Taat dan Patuh’ pada setiap yang Allah dan RasulNya khabarkan.

Fasa 2: Khalifah Ar Rasyidin An Nabiyin

Iaitu berada di bawah pemerintahan khalifah-khalifah yang menjalankan system dan kaedah seperti mana yang di anjurkan oleh Rasulullah SAW iaitu di bawah 4 Khalifah terkemuka Islam iaitu Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali.

Kaedah pemilihan kekhalifahan pada fasa ini adalah dengan cara pemilihan dalam musyawarah, dan bai’ah

Fasa 3: Raja-Raja Yang Menggigit

Disebut raja-raja adalah kerana kekhalifahan Islam semasa itu mengamalkan kaedah atau system beraja di mana Bapa akan menurunkan tahtanya kepada anaknya.

Masa ini walaupun Islam di bawah satu payung, tetapi ada kalanya pemerintahannya tidak menjalankan agama, kerana bukan semua anak-anak akan menjalankan syiar Islam.

Tetapi waktu sebegini, umat Islam masih dibawah satu pemerintahan

Fasa 4: Zaman Gelap

Iaitu suatu zaman di mana umat Islam berpecah menjadi lebih dari 73 golongan dan hanya mementingkan lingkaran masing-masing tanpa memperdulikan nasib dan kebajikan golongan yang lain.

Dalam setiap golongan ini, pemerintah mereka akan mengamalkan kaedah ‘Raja-Raja yang memegang cambuk/cemeti’ iaitu mereka akan menggunakan ‘kekuasaan ketenteraan’ untuk mengekang ‘kebenaran’ bagi mengekalkan kekuasaan mereka sebagaimana Firaun.

Dalam zaman kegelapan inilah ‘penyakit ‘wahhan’ disebarkan dan Umat Islam akan mengikuti ‘Yahudi dan Nashara’ walaupun mereka itu memasuki lubang biawak sekalipun.

Waktu inilah juga Islam itu kembali ‘Dagang’ seperti semasa kedatangan Islam di fasa kenabian kerana waktu ini manusia yang mengajak kepada ‘kebenaran’ akan dianggap menyalahi kehendak dan kemahuan seluruh umat kerana ‘kami hanya mengikuti apa yang Ibu Bapa kami nyatakan’ bukannya seperti apa yang Rasulullah nyatakan.

Pada zaman inilah akan berkembangnya ‘fitnah’ seumpama keping-keping malam yang jatuh, Wanita ‘berpakaian’ tetapi ‘telanjang’, ‘Musik’ berleluasa sehingga memasuki masjid-masjid, ,’Arak’ dan ‘Judi’ di jual ditepi-tepi jalan, ‘Maksiat dan Zina’ berleluasa, ‘anak-anak zina’ bertambah dalam bilangan yang besar, Masjid-masjid dibina untuk bermegah-megah dan bukannya untuk ‘ibadah’ dan akan terbiar kosong tanpa ‘di imarahkan’,

Pada zaman inilah umat Islam hanya memberi ‘salam’ hanya kepada orang yang mereka kenali sahaja, ‘Ulama’ dimatikan tetapi tiada lagi pengganti yang seumpama mereka dan lebih dahsyat lagi ialah pada zaman inilah mereka yang bergelar Para Ulama menjadi punca terbitnya ‘Fitnah’ kerana dari merekalah akan tersebarnya kekalutan dalam ‘beragama’ dan akan tersebarnya ‘perpecahan’ umat kerana ‘ceteknya’ ilmu mereka walaupun pada mata kasarnya mereka itu seperti ‘berilmu tinggi’

Pada penghujung zaman inilah akan lahirnya ALMAHDI, AL MASIH DAJJAL akan menampakkan dirinya, akan turunnya AL MASIH ISA PUTRA MARYAM dan akhirnya ‘YAKJUJ DAN MAKJUJ’ akan menampakkan dirinya yang sebenar.

Sudahkah anda dapat melihat dengan jelas sejelas-jelasnya dimanakah Fasa yang sedang kita berada sekarang ini? Jika anda belum dapat melihatnya, wasiat saya untuk kalian seluruhnya, janganlah melihat dengan ‘satu mata’ kerana Allah menganugerahkan untuk kita ‘dua mata’, janganlah hanya melihat dengan ‘mata zahir’ sahaja, tetapi lihatlah juga dengan ‘mata hati’ yang Allah berikan kepada kita. Sesungguhnya, manusia yang melihat dengan satu mata sahaja yang akan menjadi ‘pengikut’ Al Masih Dajjal kerana Al Masih Dajjal itu hanya mempunyai satu mata. Ingatlah Allah menyuruh kita menggunakan kedua-dua mata yang Allah anugerahkan untuk kita.

Sesungguhnya jika dipanjangkan umur oleh Allah SWT, tentunya kita akan dapat melihat dengan mata kita sendiri akan kelahiran AL MAHDI, turunnya AL MASIH DAJJAL, turunnya AL MASIH ISA PUTRA MARYAM dan akhirnya berleluasanya YAKJUJ DAN MAKJUJ.

Ketahuilah bahawa kebanyakan manusia sudah mulai merasai keperitan zaman kegelapan ini, keluh kesah telah mulai kedengaran dan suara-suara yang mengajak kepada ‘kebenaran’ sudah mulai dialunkan. Inilah petandanya bahawa sesungguhnya zaman kegelapan ini sudah hampir sampai kepada penghujungnya.

Aku berwasiat kepada diri ku, kepada anak cucu dan seluruh keturunanku juga kepada kalian saudara-saudaraku semua untuk mempersiapkan diri. Sesungguhnya kesengsaraan yang dahsyat akan melanda bumi, peperangan yang besar akan meletus dan ‘Ujian’ keimanan kita akan diperhebatkan.

Ketahuilah bahawa pada hari pertama Al Masih Dajjal itu membukakan dirinya, ‘sehari’ yang kita lalui akan dirasakan seperti setahun, sebulan dan seminggu. Tahukah kalian kenapakah hal itu berlaku? Demikianlah keperitan hidup yang akan dilalui oleh mereka yang ingin mengekalkan ‘iman’ mereka, kerana hari itu, keperitan yang dahsyat akan berlaku sehingga kita akan menghitung setiap detik yang berlalu dan kita akan merasakan bahawa hari yang kita lalui itu sedemikian panjang.

Ketahuilah bahawa dia akan memerintah dunia selama 40 hari, walaupun pendek waktunya, tetapi besar kesengsaraan yang akan kita lalui kecuali bagi mereka yang akan menjadi pengikut-pengikutnya kerana dia membawa syurga dan neraka bersama dengannya.

Aku berwasiat kepada kalian, bahawa ‘Syurga’ yang di bawanya itu adalah merupakan ‘Neraka’ di Akhirat, dan ‘Neraka’ yang dibawanya adalah merupakan ‘Syurga’ di Akhirat.

Aku juga berwasiat kepada kita semua, bahawa sesudah kematian ‘Dajjal’, maka timbullah Yakjuj dan Makjuj yang akan berperang sesama mereka, banyak kerosakan yang akan berlaku, benyak kesengsaraan yang akan dialami. Kerana itu, berhati-hatilah.

FASA 5: Zaman Kenabian Al Masih Isa a.s

Sesudah turunnya Al Masih Isa Putra Maryam a.s, dia akan membunuh Dajjal, mematahkan salib dan membunuh babi. Dia juga akan membawa umat ini kepada jalan keselamatan dari ‘Yakjuj dan Makjuj’ sehingga hancurlah mereka itu. Kehidupan selepas itu akan kembali tenang dan damai dan manusia akan dapat melaksanakan tuntutan Imannya.

Misi Al Masih Isa Putra Maryam akan terlaksana dalam masa 40 tahun dan sesudah terlaksananya misi yang Allah berikan kepadanya, dia akan kembali kepada Allah SWT dengan cara wafat seperti wafatnya manusia.

FASA 6: Kembalinya zaman Khulafa Ar Rasyidin An Nabiyin

Seperti mana zaman Khulafa Ar Rasyidin selepas Zaman Kenabian Rasulullah SAW, sedemikian itu jugalah akan berlangsungnya zaman Khulafa Ar Rasyidin selepas Zaman Kenabian Al Masih Isa.

Tidaklah kita mengetahui tempoh waktu tertegaknya zaman itu. Tetapi sesuatu yang pasti ialah bahawa zaman itu akan bermula sebagai zaman kegemilangan, di mana diwaktu itu, tidak akan ada lagi manusia yang akan menjadi miskin.

FAZA 7: Zaman Kegelapan yang Pekat:

Sesungguhnya, ini adalah merupakan fasa yang terakhir dalam umur dunia ini. Ketika datangnya zaman kegelapan yang pekat ini, manusia akan kembali ke zaman jahiliah. Perebutan harta akan berlaku dengan dahsyat, Nabi Isa a.s akan kembali dituhankan dan tiada lagi orang yang akan mengucapkan ‘Kalimah Syahadah’

Madinah akan ditinggalkan dan tidak akan ada yang akan menziarahi makam Rasulullah SAW lagi walaupun oleh orang-orang arab quraish sendiri, Amalan Haji akan terhenti Kaabah akan diruntuhkan dan Makkah tidak akan dikunjungi lagi sehingga yang tinggal hanyalah kesan-kesan sejarah.

Pada zaman inilah bumi akan digoncangkan dengan kegoncangan yang dahsyat, bumi, bulan dan matahari akan di hancurkan menjadi debu-debu yang berterbangan dan seluruh ruang angkasa akan kembali kosong, yang ada hanyalah debu-debu yang berselerakkan. Itulah hari KIAMAT iaitu hari yang telah dijanjikan oleh Allah SWT dan hari itu pasti terjadi.

Wallah hu aqlam.

Monday, June 14, 2010

MENGHAYATI SUNNAH RASULULLAH SAW

Alhamdulillah, dengan rahmat Allah SWT, diberikanNya kekuatan untuk saya sekali lagi memulakan penulisan ini, semuga dengan rahmat, kekuatan dan hidayah dari Allah SWT, saya dapat menghabiskan penulisan untuk kali ini. Sesungguhnya setiap yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang sebaliknya itu mungkin dari salah faham diri saya sendiri, Saya memohon keampunan Allah SWT dan berdoa semuga penulisan ini memperoleh keberkatan dariNya.

Di akhir zaman ini, setelah kita ditinggalkan oleh Rasulullah selama lebih 1,400 tahun, Rasulullah meninggalkan amanatnya untuk kita mengambil pengajaran darinya. Suatu hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Majjah dan tergolong sebagai hadis yang hassan dan sahih iaitu pemberitahuan daripada ‘Auf bin Malik r,a, beliau berkata:

“Rasulullah s.a.w bersabda: “Demi Tuhan yang diriku berada di dalam kekuasaannya, umat ku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga (73) golongan/puak, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk neraka.

Lalu para sahabat pun bertanya kepada baginda: “Golongan manakah yang akan selamat itu?”

Jawab baginda: “mereka yang berada dalam ‘Jamaah’ (Al Jamaah)

Sesetengah periwayat yang lain seperti At Tabrani pula menyatakan: “mereka yang mengamalkan sunnah ku dalam jamaah (ahlul sunnati wal jamaah)

Makna jamaah itu pula adalah ‘kumpulan’ dan daripada Abu Dawuud pula menjelaskan lagi mengenai jamaah atau kumpulan ini sebagai mereka yang melaksanakan “Apa yang aku (Rasulullah saw) lakukan dan juga para sahabat-sahabatku”

Di dalam memahami makna hadis inilah, pelbagai andaian dilakukan dan pelbagai puak samada dari kalangan syiah, muktazilah, ahlil bait, baihaqi, wahabi, ahlul sunnah wal jamaah dan lain-lain lagi cuba menggambarkan bahawa apa yang dinyatakankan oleh Rasulullah saw itu adalah merupakan “Jamaah” mereka. Hasilnya, terpecahlah umat ini kepada beberapa golongan yang masing-masing berpendapat bahawa merekalah ‘yang akan memasuki syurga’ sementara yang lain itu adalah ‘ahli neraka’.

Kearah untuk memahami semua persoalan ini, saya berusaha untuk memberikan suatu kefahaman yang berbeza. Saya berusaha untuk memberikan makna kepada sunnah Rasulullah saw, supaya dengan demikian itu, kita dapat menilai samada kita ini adalah seorang pendukung sunnah Rasulullah saw ataupun sebaliknya. Sesungguhnya, hanya mereka yang berada di dalam ‘Jamaah’ yang mendirikan ‘sunnah Rasulullah saw’ yang akan memasuki ‘syurga Allah SWT’

Sahabat dan saudara-saudara yang dikasihi,

Pada penulisan yang lalu saya telah membawakan untuk saudara dan sahabat semua suatu mafhum dari surah Al Anbiya’ iaitu dari ayat 92 hingga 94 di mana Allah SWT menyatakan dengan jelas bahawa Umat Muhammad itu adalah merupakan ‘umat yang SATU’. Selagi kita berada dalam jamaah yang bertujuan untuk melaksanakan sunnah Rasulullah saw, maka insyaAllah kita adalah merupakan umat yang ‘satu’ itu.

Apakah dia sunnah Rasulullah saw itu?, Cukupkah hanya dengan mengikuti Rasulullah saw dalam melaksanakan perkara-perkara yang bersifat khusus semata-mata?, pada solatnya, puasanya, zakatnya atau hajinya? Sering saya bertanya dan memberitahu pada saudara dan sahabat semua bahawa sebenarnya ada sunnah yang lebih utama dari semua itu, ada sunnah yang lebih utama dari cara berpakaian, cara berjalan, cara duduk. Sayangnya tidak ada dari kalangan sahabat yang pernah menyoal apakah sunnah yang lebih utama itu ?.

Hari ini saya menyatakan untuk sahabat dan saudara-saudara semua mengenai sunnah yang amat utama tetapi telah kita tinggalkan semata-mata untuk menjunjung sunnah-sunnah kecil. Apakah itu ?, iaitulah Sesungguhnya Rasulullah saw diutuskan untuk membawakan Islam itu sebagai “Rahmatan Lil ‘Alamin”.

Kerana Islam itu perlu dibawa untuk menjadi rahmat kepada sekelian alam, maka ianya mesti dibawa dalam bentuk berjamaah. Kerana itu juga Rasulullah sangat menekankan supaya Islam itu terbina sebagai suatu institudi atau Jamaah kerana dengan berjamaah sahaja kita akan dapat membawa Islam itu menjadi rahmat kepada sekelian alam.

Hari ini, jika kita dapat melihat dengan mata hati kita, umat ini telah berpecah kepada puak-puak yang mengamalkan assobiyah (kenegerian) dan sudah hilang sifat rahmat untuk sekelian alam. Kita telah dipisahkan dengan sempadan kenegaraan untuk tidak menjadi umat yang ‘satu’ sehinggakan kesusahan yang menimpa saudara kita disempadan negeri pun tidak dapat untuk kita berikan bantuan, inilah sebenarnya apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw, bahawa kamu akan terpecah kepada 73 golongan di mana setiap golongan tidak mampu untuk menyatakan, memberikan sokongan, kerjasama dan bantuan kepada golongan yang lain.

Sahabat dan saudara ku,

Hadis ini ditujukan untuk kita, untuk mereka yang telah berada di penghujung zaman bukannya untuk mereka yang sezaman dengan Rasulullah atau sezaman dengan para tabi’ tabi’in, Hadis ini untuk kita yang telah kehilangan kesatuan selepas jatuhnya empayar Islam Otthoman. Kerana itu perhatikanlah hadis ini dengan mata hati bukan dengan akal fikiran semata-mata. Bukalah jiwa kita untuk menerima kebenaran dan jangan tutupi jiwa kita dengan kebatilan, semuga Allah SWT menunjuki untuk kita jalanNya yang benar lagi lurus, Amin.

Semuga tulisan yang sedikit ini dapat membukakan hidayah Allah SWT untuk kita semua, yang baik itu adalah dari Allah dan yang sebaliknya itu adalah dari salah faham saya sendiri,l Wall hu aqlam, Wassalam.

Monday, June 7, 2010

INGAT MENGINGATI

Alhamdulillah, dengan rahmat Allah SWT, saya mampu sekali lagi menulis dalam ruangan ini, semuga Allah SWT menunjuki kita semua jalanNya yang benar lagi lurus, AMIN

Keinginan untuk menulis ini tiba-tiba sahaja timbul apabila saya membaca surahtul Anbiya' dan terasa wajar untuk kita kongsikan bersama-sama, saya hanya tuliskan mafhum ayat ini untuk kita hayatinya:-

92: Sesungguhnya, umat kamu ini (wahai Muhammad) adalah umat yang satu dan Aku (Allah) adalah Rabb kamu, kerana itu abdikanlah diri kamu kepada Ku

93: Dan mereka itu (umat Muhammad itu) saling bantu membantu (berttolong-tolongan, bergolong-golongan) sesama mereka, kepada Kamilah mereka diangkat kembali.

94: Barang siapa beramal soleh (melaksanakan perkara kebajikan) dalam keadaan dia itu beriman (kepada Allah SWT), maka tidaklah diingkari amalannya itu, dan sesungguhnya kami menuliskannya.

Demikianlah sifat manusia yang mengakui bahawa dia adalah umat Muhammad iaitu mereka itu adalah menjadi umat yang satu, saling tolong menolong dan bantu membantu, sering mengerjakan amalan soleh dan mereka itu beriman kepada Allah SWT.

Persoalannya!! adakah kita ini umat Muhammad?
Jika kita mengakui bahawa kita ini umat Muhammad:
1: Adakah kita ini menjadi umat yang satu, yang menolak sebarang perbalahan dan mencari titik perdamaian?
2: Adakah kita saling tolong menolong dan saling bantu membantu sesama kita, merasakan bahawa kita seluruhnya adalah seumpama ikatan batu bata bagi membentuk sebuah bangunan?
3: Adakah kita ini sering beramal dengan amalan soleh dengan mengenepikan kepentingan diri sama ada secara peribadi atau perkumpulan?
4: Adakah kita ini saling ingat mengingati secara ikhlas tanpa sebarang kepentingan diri secara peribadi atau perkumpulan?
5: Adakah kita ini telah beriman dengan iman yang benar atau hanya ikut-ikutan sahaja?

Yang mampu menjawab semua persoalan itu hanya diri kita sendiri!

Pernahkah kita terfikir?
1. Kenapa kita sanggup mengkafirkan atau menganggap saudara kita sebagai melakukan perkara yang sangat mungkar hanya kerana perbedaan pendapat dalam isu-isu furuq?
2. Kenapa kita tidak sanggup menyahut seruan perpaduan hanya kerana kita menolak pegangan atau fahaman yang dipegang oleh saudara kita?
3. Kenapa kita tidak saling bermuzakarah dengan jalan terbaik bagi menyelesaikan sebarang pertelingkahan yang ujud?
4. Adakah Allah telah dengan terang-terangan mengatakan bahawa kita ini benar dan kita ini adalah ahli syurga?

Maka hari ini, sepatutnya kita mulai mencari jalan untuk merobah diri supaya apabila kita diangkat kepadaNya, kita adalah umat Muhammad yang "satu"

Wallah hu aqlam.





Thursday, January 28, 2010

Kalimah Allah

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana saya masih mampu melawati dan memposting penulisan ini. Sesungguhnya kesibukan atas urusan dunia kita kadang-kadang menyebabkan kita lalai untuk menjadikan diri kita sebagai seorang hamba yang taat kepada Pencipta kita. Ya Allah, ampuni hamba Mu yang lalai lagi leka ini, Amin.

Hari ini, sibuk diperkatakan mengenai isu penggunaan kalimah Allah SWT oleh gerakan kristianisasi sehingga membawa kepada terjadinya pembakaran beberapa buah gereja sekitar lembah klang. Begitulah sensitifnya orang melayu dengan nama Allah SWT, walaupun mereka itu sedang meminum khamar, jika dikatakan sesuatu yang tidak baik kepada tuhan mereka, mereka akan terus melenting tanpa usul periksa.

Bagi saya, jika kita memahami dengan jelas kedudukan kita sebagai seorang Muslim, jika telah tertanam Iman yang benar dalam lubuk jiwa kita, maka jika pun nama Allah SWT itu hendak digunakan oleh Ahli Kitab, tentunya ia tidak akan menimbulkan sebarang permasalahan kerana mereka itu, iaitu ahli-ahli kitab itu juga mengimani bahawa Allah itulah yang telah mewahyukan Taurat, Zabur dan juga Injil.

Kita juga sebagai Umat Muhammad yang Islam dan beriman mestilah mengimani bahawa Al Kitab itu adalah datang dari Allah SWT samada Taurat yang diturunkan kepada Musa atau Injil yang diturunkan kepada Isa dan juga Al Quran yang menjadi pedoman hidup kita sekarang ini.

Bagaimanapun, kerana Muhammad SAW, Rasul yang diutus oleh Allah SWT membawa bersamanya Al Quran untuk kita imani dan Allah SWT pula menerangkan di dalam kitab suciNya itu bahawa Al Kitab (iaitu Taurat, Zabur dan Injil) itu telah di susun semula, di tambah dan dikurangi oleh tangan-tangan manusia, maka kita tidaklah boleh lagi meyakini akan isi kandungan samada Taurat, Zabur atau Injil itu.

Tetapi sebagai umat Muhammad SAW yang Islam dan beriman dengan apa yang ditunjuki oleh baginda, maka kita sebenarnya tidak wajar untuk mengatakan bahawa samada Taurat, Zabur atau Injil itu bukan datangnya dari Allah SWT, kerana itu kita sewajarnya tidak memprotes apabila kristian hendak menggunakan nama Allah.

Semuga Allah SWT menunjuki kita ke jalanNya yang benar lagi lurus. Amin.

Salam dari saya
Manmanan.

Monday, January 4, 2010

HIJRAH UNTUK APA?

Alhamdulillah, dengan limpah kurnia Allah SWT, ketika ini aku masih mampu duduk di hadapan komputer pribadiku ini untuk meneruskan penulisan seterusnya. Semuga Allah menunjuki diri ku ini kepada cahayaNya. Amin.


Baru sahaja melintasi tahun baru, samada tahun Hijrah atau tahun Masehi. Pelbagai aturcara dilaksanakan di dalam usaha sambutan kedua2 tahun baru ini cuma mungkin saja cara yang agak berbeda. Sememangnya, Islam yang penuh dengan cahaya itu amat berbeda dengan jahiliah yang dipenuhi dengan kegelapan.


"Allah pelindung (wali) orang yang beriman, Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan orang-orang yang kafir itu pula, pelindung (wali) mereka adalah syaitan (thoghut), dia (syaitan itu) mengeluarkan mereka (yang dilindunginya) daripada cahaya kepada kegelapan, mereka itu (orang-orang yang mengambil syaitan sebagai pelindung mereka) akan kekal di dalam neraka untuk selama-lamanya" - Surah Al Baqarah ayat 257


Setiap kali kita menyambut "Maal Hijrah", maka kitapun disogokkan dengan pelbagai aturcara dan program-program samada Forum, Diskusi, Ceramah dan sebagainya yang seumpama itu. Sesudah berakhirnya, kita mulai kembali mengikuti cara hidup kita seperti yang sebelumnya. Kita tidak sedikit pun berubah dari sebelum dan selepas? Jadi apa gunanya kita diperingatkan dengan kedatangan tahun baru ini?